Kes bekas banduan sokong, mengaku ahli IS dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

Oleh – Syeikh Baran

Kes bekas banduan sokong, mengaku ahli IS dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan untuk memindah kes bekas banduan yang sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan, menyokong dan mengaku keahlian dengan melakukan upacara baiah terhadap pemimpin Islamic State (IS) pada 21 Julai lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim dalam satu prosiding sebutan semula kes tersebut hari ini.

Shafiq memaklumkan, pihaknya sudah menerima laporan pakar keganasan sekali gus mengemukakan izin pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Tiada bantahan daripada tertuduh, Nik Mohd. Shalahuddin Zakaria, 40, yang tidak diwakili peguam.

Nik Mohd. Shalahuddin sebelum ini didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 62 buah video dan 565 artikel dalam bentuk format dokumen mudah alih (PDF) di dalam dua buah telefon pintar jenis Samsung Galaxy J7 dan Oppo A16K.

Kesemua bahan-bahan itu mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas IS.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker