Nicol dilantik sebagai duta pendidikan ITA

Nicol dilantik sebagai duta pendidikan ITA

Nicol dilantik sebagai duta pendidikan ITA
NICOL juga mempromosikan nilai-nilai sukan yang baik dan kepentingan persaingan adil. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Legenda skuasy negara Datuk Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) yang baharu.

Dalam hantaran di platform X hari ini, bekas juara dunia itu berkata beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

Nicol berkata, beliau juga mempromosikan nilai-nilai sukan yang baik dan kepentingan persaingan adil.

“Saya berasa bangga kerana telah bekerja keras untuk setiap kemenangan yang saya lakar sepanjang karier dan saya memberikan yang terbaik pada setiap saat dalam hidup saya.

“Ini semua hasil sumbangan positif ibu bapa yang membimbing saya untuk melayan semua orang, termasuk lawan dengan penuh hormat dan menjadi orang yang baik. Saya harap dapat menjadi pengaruh positif kepada lebih ramai atlet dengan mempromosikan persaingan yang adil kepada atlet semasa dan bakal atlet masa depan,” katanya.

ITA organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan dengan misi mengurus program antidoping tanpa pengaruh mana-mana badan sukan atau politik untuk Persekutuan Antarabangsa (IF), Organisasi Acara Utama (MEO) dan organisasi lain yang meminta bantuannya.

Nicol dilantik sebagai duta pendidikan ITA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker