Penyeludupan ketum dijangka kembali rancak

Oleh – Syeikh Baran

Penyeludupan ketum dijangka kembali rancak

Kegiatan penyeludupan daun ketum dijangka kembali rancak selepas ura-ura pengharaman semula ketum dan ganja di Thailand pada tahun hadapan.



Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, harga tumbuhan itu di pasaran gelap juga dijangka lebih tinggi apabila permintaan dari negara jiran meningkat.

“Anggaran harga pasaran bagi satu kilogram (kg) ketum pada masa ini antara RM30 hingga RM50 dan mungkin akan meningkat lebih tinggi jika arahan pengharaman tumbuhan dikuatkuasakan di Thailand.

“Ketika Thailand mengumumkan penjualan ketum ‘dihalalkan’ beberapa tahun lalu, harga barang terlarang itu merudum sehingga RM8 sekilogram dan hampir tiada penyeludup ketum ditahan di perairan Perlis dalam kuantiti yang banyak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, aktiviti penyeludupan ketum melalui jalan laut kali terakhir yang berjaya dikesan APMM adalah pada tahun 2022 dengan jumlah rampasan tahunan sebanyak 8.3 tan bernilai RM1.8 juta.



Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, pihaknya berjaya memintas sebuah bot yang dalam cubaan menyeludup keluar satu tan daun ketum di perairan Perlis, di sini semalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker