Kehadiran Wan Ahmad Fayshal jadi isu di Parlimen
Enam bulan dihalang masuk Dewan Parlimen mungkin satu masa yang agak lama bagi orang seperti Wan Ahmad Fayshal.
Ini kerana sebagai seorang Ahli politik muda , WAF mahu diberi tumpuan setiap masa.
Jika tidak mendapat tumpuan dalam Parlimen WAF akan cari isu untuk menonjol diri diluar Dewan Parlimen pula.
Sebagai seorang yang digantung dari menghadiri Dewan Parlimen selama Enam bulan, mahu tidak mahu WAF terpaksa mencari jalan untuk menunjukan muka di Parlimen supaya beliau tidak dilupakan atau poularitinya tidak merudum dikalangan penyokong pembangkang.
Semalam, WAF telah datang ke Parlimen untuk berjumpa dan bergaul seperti biasa bersama sama sahabat dan kawan sekutu politik nya.
Kehadiran WAF ini telah akibatkan perasaan tidak senang oleh beberapa pihak..
WAF turut persoal apakah dirinya tidak behak berada di galeri awam untuk mengikuti sidang berangsung ? soal nya.
Turut masuk campur dalam sengketa ini adalah Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang berkata, WAF sekadar mengikuti persidangan di Galeri Awam, namun beliau telah menerima surat daripada Johari yang tidak membenarkan Wan Ahmad Fayhsal berbuat demikian
Takiyuddin membangkitkan Aturan Mesyuarat perkara 44 berkata, seseorang ahli Dewan Rakyat yang digantung hanya tidak dibenarkan untuk berada dalam mesyuarat dan tidak menyebut untuk juga tidak dibenarkan berada di Galeri Awam
Namun, apa pun, terlihat jelas bahawa WAF begitu rindu kepada sidang Parlimen dan jika tidak dapat masuk campur didalam perdebatan maka sekurang kurang nya menunjukan muka di Parlimen pun sudah memadai.
Lagi pun WAF terkenal dengan pendapat kontroversi dan kuar jangkaan.
Untuk peringatan, WAF digantung dari menghadiri sidang kerana telah membawa surat layang sebagai rujukan untuk penghujahan didalam sidang Parlimen.
Majoriti Ahli Parlimen telah bersetuju bahawa perbuatan WAF perlu dikenakan tindakan disiplin hatta WAF di syor untuk di gantung selama Enam bulan.