Isteri lapor polis suami curang dengan skandal

Oleh – Syeikh Baran

Isteri lapor polis suami curang dengan skandal

Seorang isteri nekad membuat laporan polis bahawa suaminya curang dengan wanita lain, lapor portal berita detikSulsel kelmarin. 

Isteri berusia 37 tahun itu menunjukkan perbualan dan panggilan video dalam aplikasi pemesejan WhatsApp sebagai bukti kecurangan suaminya.

“Ini bukti kecurangan suami saya yakni perbualan dan panggilan video WhatsApp,” kata wanita yang hanya mahu dikenali  sebagai NP itu kepada portal berita detikcom.

NP berkata, dia membuat laporan suaminya disyaki menjalin hubungan sulit itu di Balai Polis Kota Tengah, wilayah Gorontalo, Sulawesi pada Jumaat lalu.

Menurutnya, dia mencurigai suaminya menjalin hubungan sulit ketika dirinya hamil anak kedua. 

Wanita itu mendakwa bahawa suaminya sudah menjalin hubungan sulit sejak Mac lalu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker