Belanjawan 2025 disokong hasil tatakelola baik, disiplin fiskal berhemah

Oleh – Syeikh Baran

Belanjawan 2025 disokong hasil tatakelola baik, disiplin fiskal berhemah

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Jumaat lalu menetapi semua perancangan Kerajaan Perpaduan selain disokong hasil tatakelola yang baik dan disiplin fiskal yang lebih berhemah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, peruntukan Belanjawan itu masih di atas landasan tepat tanpa memotong perbelanjaan rakyat, projek pembangunan berjalan seperti biasa, gaji kakitangan awam dinaikkan dan pelaksanaan gaji progresif swasta.

Beliau berkata, apabila dipadankan pula dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat, itu membolehkan kerajaan berbelanja lebih selain masih lagi kekal pada sasaran fiskal bertanggungjawab ditetapkan.

“Jumlah hutang tahunan itu daripada RM100 bilion pada 2022 kini turun kepada RM95 bilion, RM90 bilion dan RM85 bilion, manakala tahun depan pula akan turun kepada RM80 bilion.

“Kita perlu mengurangkan hutang baharu tahunan ini untuk kita mencecah 60 peratus hutang kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) menjelang 2028,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Statistik Negara 2024,di sini hari ini.

Katanya, peruntukan besar belanjawan itu juga dicapai dengan berhutang seperti sebelum ini malah, turut dicapai hasil daripada penjimatan kos kerajaan, nilai baik perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker