Messi terus pamer sentuhan ajaib – Scaloni
Messi terus pamer sentuhan ajaib – Scaloni
Buenos Aires: Lionel Scaloni sudah acap kali menyaksikan sentuhan ajaib Lionel Messi dalam kariernya, tetapi jurulatih Argentina itu berkata, kaptennya itu terus mempamerkan aksi memukau pada usia 37 tahun.
Messi yang membuat penampilan kedua di pentas antarabangsa sejak pulih daripada kecederaan buku lali dialami di final Copa America, Julai lalu, menjaringkan hatrik ke-10nya ketika Argentina membelasah Bolivia 6-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan, awal pagi tadi.
Selepas perlawanan, pencipta rekod dengan lapan anugerah Ballon d’Or itu berkata dia akan terus bermain selagi boleh bermain seperti diingininya dan Scaloni berharap dia terus berada di padang untuk beberapa tahun akan datang.
“Dia tidak pernah berhenti memukau dan melakukan silap mata,” kata Scaloni kepada media.
“Pada satu ketika, saya duduk bersama (penolong jurulatih), Pablo Aimar dan beritahunya bahawa ia memang indah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Berada di bangku simpanan dan melihat semua perkara yang dilakukannya. Pasukan bersamanya dan apa yang saya minta adalah supaya dia bermain selagi terdaya.”
Sekalipun kehilangan beberapa pemain yang cedera dan digantung perlawanan, Scaloni berkata, dia sangat bangga dengan persembahan anak buahnya.
Penjaga gol, Emiliano “Dibu” Martinez digantung dua perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) kerana tingkah laku tidak wajar pada September lalu dan terlepas perlawanan kelayakan menentang Venezuela dan Bolivia.
“Pemain hebat tahu jika memberi iberi peluang untuk bermain kepada pemain muda, mereka mungkin berisiko kehilangan tempat dalam pasukan,” kata Scaloni.
“Nafas generasi muda banyak membantu kami. Mereka bermain dengan cara yang betul.”
Messi terus pamer sentuhan ajaib – Scaloni
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET