[VIDEO] Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan

Oleh – Syeikh Baran

[VIDEO] Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan

Rakaman video yang melaporkan situasi banjir di hadapan Zoo Negara semalam telah menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.



Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Peter G, menunjukkan keadaan banjir yang menjejaskan kawasan di hadapan zoo tersebut.

“Habislah binatang basah, di Zoo Negara,” katanya dalam video berkenaan.

Reaksi daripada netizen tidak mengambil masa lama untuk membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan serta rasa simpati terhadap haiwan-haiwan yang terjejas.

“Kasihannya haiwan-haiwan. Semoga dilindungi haiwan di zoo,” ujar Ida.

“Harapnya semua haiwan selamat,” kata Racunby qyla pula.



Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmad Lana menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya memaklumkan, kesemua haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan selamat.

Katanya, pasukan bomba turut membantu memantau keadaan semasa Zoo Negara semalam dan proses pembersihan di kawasan sekitar telah dilakukan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker