Tuchel berunding dengan FA Inggeris untuk bimbing England

Tuchel berunding dengan FA Inggeris untuk bimbing England

Tuchel berunding dengan FA Inggeris untuk bimbing England
TUCHEL meninggalkan Bayern Munich pada hujung musim lalu. FOTO FAIL AFP

London: Thomas Tuchel sedang berunding dengan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dalam usaha menjadi pengurus England, menurut laporan hari ini.

Perkembangan itu menyusul selepas pengurus Manchester City, Pep Guardiola, yang akan tamat kontrak dengan juara Inggeris itu pada hujung musim ini, ditanya sama ada berminat terhadap jawatan berkenaan.

Tuchel, 51, membimbing Chelsea muncul juara Liga Liga-Juara Eropah (UCL) 2021, tetapi dipecat pada tahun berikutnya.



Dia antara calon pilihan mengemudi England selepas Gareth Southgate meletak jawatan berikutan England tewas di tangan Sepanyol di final Euro 2024 di Jerman, Julai lalu.

Sky Sports menyatakan warga Jerman itu yang meninggalkan Bayern Munich pada hujung musim lalu, menjadi pilihan utama untuk menggantikan Southgate.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU




Namun, FA Inggeris enggan mengulas mengenai laporan berkenaan.

Lee Carsley dilantik sebagai pengganti Southgate buat sementara waktu sejak Ogos lalu, terutama untuk menghadapi kempen Liga Negara-Negara dalam tiga jendela aksi antarabangsa.

Bagaimanapun, Carsley, 50, yang dinaikkan pangkat daripada skuad Bawah 21 Tahun (B-21) England, diberikan isyarat berbeza sama ada dilantik secara kekal atau sebaliknya.

Carsley yang melakar tiga kemenangan dan kekalahan memalukan 1-2 di tangan Greece, percaya jawatan itu sepatutnya menjadi milik calon terbaik tanpa mengira status kewarganegaraan.



England sebelum ini dua kali dibimbing jurulatih luar negara iaitu Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.

Peluang Carsley dilantik secara tetap tercalar selepas tewas 1-2 kepada Greece di Wembley, Jumaat lalu, selepas dia menyenaraikan barisan pemain secara eksperimen.

“Sebelum ini, kita pernah melihat skuad kebangsaan dibimbing pengendali dari pelbagai negara.

Tuchel berunding dengan FA Inggeris untuk bimbing England

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker