Jepun berjaya ikat Australia di tempat sendiri

Jepun berjaya ikat Australia di tempat sendiri

Jepun berjaya ikat Australia di tempat sendiri
PEMAIN Australia Burgess menjaringkan gol sendiri menyaksikan perlawanan terikat 1-1 di Stadium Saitama. -FOTO Reuters

Saitama, Jepun: Jepun menafikan kemenangan buat Australia selepas bangkit untuk meraih keputusan 1-1 dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Saitama hari ini.

Australia tidak pernah mengalahkan Jepun di tempat lawannya itu, tetapi gol sendiri oleh Shogo Taniguchi menjelang waktu rehat memberi kelebihan mengejut kepada pelawat di hadapan hampir 60,000 penonton.

Bagaimanapun Cameron Burgess menjaringkan gol sendiri minit ke-76 untuk memberikan Jepun gol penyamaan yang memastikan mereka kekal di puncak Kumpulan C dengan 10 mata dari empat perlawanan.



Australia kini mengumpul lima mata, selepas meraih satu kemenangan dan satu seri dalam dua perlawanan sejak jurulatih baru, Tony Popovic, menggantikan Graham Arnold bulan lalu.

Manakala Jepun mencatatkan rekod sempurna tiga kemenangan, menjaringkan 14 gol dan tidak bolos.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU




Persiapan Australia terjejas apabila mereka tiba di Stadium Saitama lebih lewat daripada jadual kerana bas pasukan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Popovic berkata beliau berpuas hati dapat mencuri satu mata di Jepun selepas lawan bertahan dengan sangat baik.

Mereka mempunyai 11 pemain utama yang semuanya bermain di liga terbaik di Eropah,” kata Popovic mengenai tuan rumah, yang memasuki perlawanan dengan rekod sempurna tiga kemenangan.

“Sukar untuk menghalang mereka kerana mereka mempunyai kualiti dan menyajikan perlawanan yang sangat baik.”



Popovic menurunkan Luke Brattan yang berusia 34 tahun buat kali pertama dan memulakan perlawanan bersama kapten Jackson Irvine di bahagian tengah.

Brattan antara satu daripada enam perubahan dalam senarai pemain yang menewaskan China 3-1 di tempat sendiri minggu lalu dalam perlawanan pertama Popovic sebagai jurulatih.

Sementara Jepun mengetepikan pemain Liverpool, Wataru Endo dan tempatnya sebagai kapten digantikan oleh rakan sepasukan di bahagian tengah, Hidemasa Morita.

Jepun berjaya ikat Australia di tempat sendiri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker