Faiq lebih gemar acara beregu, namun fokus kepada perseorangan

Faiq lebih gemar acara beregu, namun fokus kepada perseorangan

Faiq lebih gemar acara beregu, namun fokus kepada perseorangan
FAIQ (kanan) dan Hong Quan mara ke pusingan pertama acara beregu lelaki di kejohanan Malaysia Super 100. FOTO FB BAM

Kuala Lumpur: Muhammad Faiq Haziq Masawi merasakan masa depannya lebih cerah sebagai pemain badminton beregu lelaki dan menjadikan pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani sebagai sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan lebih gemilang.

Bagaimanapun, anak kelahiran Selangor berusia 18 tahun itu akur dengan permintaan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang meminta beliau menumpukan perhatian kepada saingan perseorangan lelaki memandangkan usianya masih muda.

“Saya dah naik senior (dan) dan nama ada dekat perseorangan lelaki, (namun sebenarnya) saya nak main beregu lelaki.



“Tapi jurulatih minta fokus main acara perseorangan untuk satu tahun (dahulu) sebab muda, jadi saya ikut jurulatih.

“Saya fikir pada masa depan boleh beralih kepada beregu lelaki sebab keputusan saya banyak dekat beregu lelaki dan jika dilihat sekarang (idola) yang sedang memuncak prestasi iaitu Sze Fei-Nur Izzudin seperti lebih kurang saya dan pasangan,” katanya selepas melepasi pusingan kelayakan beregu lelaki Malaysia Super 100 2024 di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU




Pada pusingan itu, Muhammad Faiq bersama rakan gandingannya, Lok Hong Quan menewaskan satu lagi wakil negara Chen Chang Ng-Wong Zhi Kang 21-9 dan 21-5.

Saingan kategori kelayakan perseorangan lelaki pula menyaksikan Muhammad Faiq tewas kepada wakil Taiwan, Chu Chen Jia 18-21 dan 17-21.

Muhammad Faiq nyata gembira kerana berjaya mengesahkan satu slot dalam undian utama dan berharap dapat memberikan persembahan terbaik sebagai tanda penghargaan atas peluang yang diberikan untuk bertanding.

“Saya hanya setahun sahaja di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan sudah berada di bawah bimbingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak tingkatan dua,” katanya.



Kejohanan Malaysia Super 100 2024 akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Faiq lebih gemar acara beregu, namun fokus kepada perseorangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker