Aidil Sholeh ketuai kemaraan pemain negara

Aidil Sholeh ketuai kemaraan pemain negara

Aidil Sholeh ketuai kemaraan pemain negara
AIDIL Sholeh mara ke pusingan pertama selepas melepasi pusingan kelayakan. FOTO FB BAM

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin mengetuai pemain negara mara ke pusingan pertama selepas melepasi aksi kelayakan Kejohanan Malaysia Super 100, hari ini.

Dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Aidil Sholeh menewaskan wakil Kanada, Shaurya Gullaiya straight set 21-12, 21-17 dalam masa 30 minit.

Di pusingan pertama esok, tugas sukar menantinya apabila bertemu pilihan pertama dari Taiwan, Chi Yu Jen.



Pemain kelahiran Selangor itu mempunyai rekod baik di kejohanan itu apabila pernah beraksi di pentas final pada edisi 2022 dan menduduki tempat ketiga, tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU

Selain itu, tumpuan terarah kepada beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong yang diletakkan selaku pilihan pertama.



Mereka akan bertemu rakan senegara, Carlester Cleve James- Neville Baptist Nasius Luaran di pusingan pertama esok, yang layak selepas menang di pusingan kelayakan menewaskan rakan sepelatih, Lim Chong King-Mun Phang Lek 21-10, 21-13 dalam masa 26 minit.

Kejohanan itu berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad dengan menawarkan kemasukan percuma buat penyokong.

 

Aidil Sholeh ketuai kemaraan pemain negara

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker