Adik Zahid sertai PAS, tiada siapa untung dan rugi

Sebuah Berta semalam melaporkan bahawa adik kepada Presiden UMNO  ia itu Datuk Abdul Hakim Hamiidi telah pun menyertai Parti PAS.

Dilaporkan beliau telah pun menyerahkan borang keahlian PAS kepada  Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.



Namun , berita seperi ini sekadar laporan biasa sahaja dan tidak membawa apa apa impak kepada kedua pihak , UMNO atau pun PAS.

Jka ada pun ia  mungkin sekadar kemenangan  moral yang sedikit kepada PAS atas sebab Abdul Hakim adalah adik kepada Presiden UMNO.

Alasan yang diberi oleh Abdul Hakim untuk sertai PAS, konon nya, UMNO semakin lemah dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.

Namun , alasan diberi tanpa ada diberi contoh contoh dimana bab UMNO telah gagal menjaga kepentingan  Melayu dan Islam.



Selain itu, persoalan juga boleh dtanya , apakah Parti PAS yang disertainya itu  sudah berjaya menjaga kepentingan Melayu dan Islam?

Menjaga kebajikan dan prasarana kepada orang Melayu dan Islam di Empat negeri diperintah oleh PAS sudah ada kejayaan kah?

Apakah pula kejayaan yang boleh dbanggakan?

Penyertaaan Abdul Hakim kepada Parti PAS juga sebenar nya tiada membawa apa apa plus faktor kepada PAS kerana UMNO sudah bertindak lebih dasyat dan berani sebelum ini dengan membuang dan pecat ahli ahli nya yang lebih berpengaruh dan ternama sebelum ini.



Maka, individu seperi Abdul Hakim keluar parti pasti sekali tidak memberi apa apa kesan yang signifikan.

Didalam politik perkara biasa adik beradik berlainan parti.

Pihak kami sehingga kini masih belum dapat apa apa komen dari Presiden UMNO sendiri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkenaan adik nya.

Namun, kami percaya Presiden UMNO sendiri akan menggangap hal ini sebagai perkara tidak penting dan perkara biasa sahaja.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker