Stor tinggal jadi tempat transit sembunyi minuman keras seludup

Stor tinggal jadi tempat transit sembunyi minuman keras seludup

Stor tinggal jadi tempat transit sembunyi minuman keras seludup
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim pada sidang media di Kangar, hari ini. – NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

KANGAR: Sindiket penyeludupan dikesan menggunakan stor tinggal sebagai transit untuk menyimpan minuman keras tidak berkastam sebelum dibawa ke negeri lain untuk dipasarkan.

Taktik itu terbongkar selepas Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menyerbu sebuah stor tidak berkunci di Kamunting, Perak, bulan lalu dan menemui 2,280 tin minuman keras jenama terkenal bernilai RM7,600.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata Cawangan Penguatkuasaan Kastam Padang Besar membuat serbuan ke atas stor di Jalan Perusahaan 7, Kawasan Perindustrian Kamunting di Perak itu 12 September lalu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kita serbu stor berkenaan sekitar jam 3 petang, lokasinya agak tersorok yang memudahkan anggota sindiket menjadikannya lokasi transit minuman keras tidak berkastam disimpan.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 752.40 liter atau 2,280 tin minuman keras jenama terkenal disimpan dalam stor itu yang kita percaya diperoleh dari Singapura,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Perlis, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.


Minuman keras adalah barangan larangan mengikut Butiran 3, Jadual III, Bahagian II Perintah kastam (Larangan Mengenal Import) 2023. Ia hanya dibenarkan diimport dengan syarat memiliki permit import.

Katanya, siasatan awal mendapati stor berkenaan turut digunakan bagi menyimpan sebahagian besar tumbuhan lalang yang dijadikan makanan haiwan.

“Kita percaya makanan ternakan itu cubaan untuk mengaburi pihak berkuasa daripada mengesyaki ada bekalan minuman keras di situ. Minuman keras dilihat cuba disembunyikan di sebalik makanan haiwan berkenaan.

“Kita menunggu hampir satu jam di lokasi, namun tiada siapa tampil untuk menuntut minuman keras terbabit. Disebabkan itu, kita merampas minuman keras berkenaan yang membabitkan cukai RM12,140.05.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya menambah sejak awal tahun ini, sembilan kes penyeludupan minuman keras tidak berkastam ditumpaskan Kastam Perlis bernilai keseluruhan RM438,382.75.

 

Stor tinggal jadi tempat transit sembunyi minuman keras seludup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker