Rice sanjung Carsley walaupun nasibnya tak menentu
Rice sanjung Carsley walaupun nasibnya tak menentu

London: Declan Rice berkata, pemain England gembira bermain di bawah kendalian pengurus sementara, Lee Carsley dan tidak perlukan penjelasan mengenai masa depannya yang masih tidak menentu.
Carsley dilantik menggantikan Gareth Southgate sebagai pengurus sementara sejak Ogos lalu, terutama untuk kempen Liga Negara-Negara bagi tiga jendela aksi antarabangsa.
Bagaimanapun, pengendali berusia 50 tahun itu yang dinaikkan pangkat daripada pengurus skuad Bawah 21 Tahun (B-21), masih belum jelas sama ada mendapat jawatan itu secara tetap atau sebaliknya,.
Selepas tewas mengejut 1-2 di tangan Greece di Stadium Wembley pada pagi Jumaat lalu, dia mungkin kembali bersama skuad B-21 dan kemudian mengatakan jawatan itu perlu diberikan kepada ‘pengurus kelas dunia’ ketika ditemu bual selepas menang 3-1 ke atas Finland, awal pagi tadi.Tetapi, pada sidang media selepas perlawanan di Helsinki, dia berkata sudah tentu tidak menganggap dirinya terkecuali daripada jawatan pengurus tetap England.
Pemain tengah Arsenal, Rice menolak dakwaan suasana tidak menentu itu mencetuskan masalah kepada pemain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Ditanya sama ada skuad itu memerlukan penjelasan, Rice, yang menjaringkan gol terakhir kemenangan England di Helsinki, berkata kepada BBC: “Tidak, tidak sama sekali. Dia jelas dan telus sejak bersama kami, dia mengendalikan kami bagi tiga kem latihan.
“Menerusi caraya dan cara kami bermain, saya fikir dia memang menakjubkan.
“Ini kali pertama saya bekerja dengannya kerana tidak bersama skuad B-21, tetapi pemain B-21 selalu menyanjungnya.
“Kami sebagai pemain senior tidak terkejut, tetapi kami bercakap mengenai betapa bagusnya dia dalam mesyuarat, perlawanan dan mengendalikan latihan pasukan.”
Kekalahan kepada Greece di Wembley apabila Carsley membuat eksperimen dengan menurunkan ramai pemain menyerang, dianggap tamparan utama dalam usahanya untuk mendapat jawatan tetap sebagai pengurus England.
Tetapi, Rice berkata, pemain sepatutnya bertanggungjawab terhadap kekalahan memalukan itu kerana bermain di bawah tahap sebenar.
Rice sanjung Carsley walaupun nasibnya tak menentu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
- Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.