Peniaga wanita rugi lebih RM185,000, terpedaya skim pelaburan tak wujud
Peniaga wanita rugi lebih RM185,000, terpedaya skim pelaburan tak wujud
KUANTAN: Seorang peniaga wanita di daerah ini kerugian RM185,310 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan secara dalam talian menawarkan skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa berusia 48 tahun berminat menyertai skim pelaburan ‘First Gold VIP’ melalui laman sosial Instagram pada 1 Ogos lalu.
Katanya, suspek menjanjikan keuntungan enam peratus dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bagi setiap pelaburan RM5,000 yang dibuat.
“Mangsa kemudian memuat turun aplikasi pelaburan melalui pautan diberikan suspek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
“Mangsa kemudian mendapat pulangan berjumlah RM89,690 secara berperingkat bermula 29 Ogos hingga 12 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata, pada 12 Oktober lalu, mangsa berhasrat mengeluarkan semua baki wang dilaburkan tetapi proses itu gagal dilaksanakan.
Katanya, mangsa mula curiga selepas berurusan dengan bahagian perkhidmatan pelanggan dalam aplikasi itu apabila perlu membuat penambahan pelaburan bagi membolehkan hasil pelaburan dikeluarkan.
“Siasatan mendapati sumber kewangan yang dilaburkan mangsa dalam skim palsu itu adalah daripada simpanan mangsa dan pinjaman daripada rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud atau sebarang skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Peniaga wanita rugi lebih RM185,000, terpedaya skim pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.