Mbappe buat hal di Sweden
Mbappe buat hal di Sweden
Paris: Kylian Mbappe disiasat atas dakwaan rogol oleh polis Sweden, menurut laporan akhbar negara itu yang dianggap berita palsu oleh bintang Real Madrid terbabit.
Akhbar Sweden Aftonbladet dalam laporannya mendakwa insiden rogol itu dilaporkan kepada polis tetapi tidak menyebut nama tertuduh. Namun akhbar Expressen mendakwa Mbappe, 25, adalah suspek.
“Menurut maklumat diperoleh Expressen, polis kini menyiasat pemain itu atas dakwaan merogol dan serangan seksual,” menurut akhbar terbabit.
Rombongan Mbappe ketika dihubungi AFP berkata, mereka tidak tahu tahu tuduhan jenayah itu ke atasnya.
Pemain antarabangsa Perancis terbabit tidak tersenarai untuk aksi menentang Belgium awal pagi tadi dan dia berkunjung ke Stockholm bersama rakan-rakan pada Khamis lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
Mereka menikmati makan malam di sebuah restoran sebelum berhibur di kelab malam, menurut laporan Aftonbladet. Mbappe dan kumpulannya meninggalkan Sweden pada Jumaat lalu.
Aftonbladet berkata, pengadu membuat aduan selepas mendapatkan rawatan perubatan tetapi tidak menamakan pelakunya. Namun Expressen melaporkan Mbappe adalah suspek yang kemudiannya dinafikan bekas bintang PSG itu.
Mbappe buat hal di Sweden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
- Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.