Audi mahu ubah nasib Sauber
Audi mahu ubah nasib Sauber

London: Audi berdepan tugas getir untuk menukar nasib pasukan Sauber kepada pemenang Formula Satu (F1), kata pengurus pasukan Mattia Binotto.
Audi akan menyertai F1 secara rasmi pada 2026 tetapi sudah menguasai pasukan berpangkalan di Switzerland itu sejak awal tahun ini.
Binotto, bekas prinsipal pasukan Ferrari, dilantik ketua pegawai operasi dan ketua pegawai teknikal pada Ogos.
“Ia bukan mendaki gunung besar tetapi mendaki Everest. Ia akan mengambil masa beberapa tahun,” kata Binotto kepada BBC Sport semalam.
“Objektif kami menjelang penghujung dekad untuk benar-benar mampu mencabar kejuaraan.”
Sauber yang diambil alih 100% oleh Audi pada awal tahun ini, menduduki tangga terakhir carta pengeluar musim ini dan satu-satunya pasukan yang gagal meraih sebarang mata ketika berbaki enam lagi perlumbaan.
Binotto berkata: “Apabila anda di sini dan melihat lebih terperinci, anda lebih menyedari di mana anda berada. Pastinya perbezaan sangat banyak dengan Ferrari dan jurang itu besar. Ia seperti membandingkan pasukan pasukan kecil dan pasukan besar.”
Audi mahu ubah nasib Sauber
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
- Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.