Ampang, Wangsa Maju terjejas teruk akibat banjir

Ampang, Wangsa Maju terjejas teruk akibat banjir

Ampang, Wangsa Maju terjejas teruk akibat banjir
Hujan lebat sejak 9 pagi menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Klang. – Foto/ NSTP Safeek Affendy Razali

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar di Jalan Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Keramat, Ulu Kelang dan Lebuhraya MRR2 dinaiki air akibat hujan lebat sejak jam 9 pagi tadi.

Kejadian banjir dikesan berlaku di Jalan AU3 dan Jalan AU2, Taman Keramat; LLebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Ulu Kelang.

Banjir dipercayai berlaku akibat limpahan air dari Sungai Klang, bersebelahan Lebuhraya MRR2.



Kesesakan teruk berlaku selepas sebahagian besar pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka daripada melalui arus banjir.



Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dilihat mengawasi laluan yang dinaiki air selain memberikan amaran banjir kepada penduduk di kawasan perumahan berhampiran.

Bagaimanapun, air dilihat mulai surut sekitar jam 11.00 pagi tadi, dan beberapa kawasam pada masa ini hujan lebat dan dikhuatiri akan berlaku semula banjir.

Sementara itu, di Jalan Seksyen 5, Wangsa Maju, di sini, kejadian pokok tumbang dikesan berlaku di laluan dari arah Jalan AU3 menuju ke arah Wangsa Maju.

Satu laluan utama berhampiran Kompleks Sukan Setiawangsa, terpaksa ditutup selepas kejadian pokok tumbang berlaku.



Tiga anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Setiawangsa, bertindak pantas menutup laluan bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Wartawan BH yang berada di lokasi kejadian turut melihat ketiga-tiga anggota terbabit saling bantu-membantu memotong dahan pokok berkenaan dalam keadaan hujan lebat di samping mengawasi aliran lalu-lintas .

Tindakan memotong pokok dilakukan untuk mengalihkan sebahagian dahan pokok yang tumbang bagi membolehkan laluan itu digunakan sepenuhnya sebelum bantuan dari bomba dan DBKL tiba.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di Bukit Dinding, Setiawangsa, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa, serta kawasan berbukit di Taman Melawati.



Ampang, Wangsa Maju terjejas teruk akibat banjir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker