Sorong motosikal enam kilometer ke balai polis

Oleh – Syeikh Baran

Sorong motosikal enam kilometer ke balai polis

Seramai 29 penunggang terpaksa menyorong motosikal masing-masing sejauh lebih enam kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini setelah kenderaan mereka disita atas pelbagai kesalahan dalam operasi trafik di Jalan Sultan Mahmud di sini awal pagi tadi.



Kesemua mereka ditahan dalam Op. Bersepadu Trafik yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai di sini selama enam jam sehingga pukul 7 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebanyak 152 notis kompaun trafik atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi berkenaan.

“Sebanyak 61 notis kompaun trafik dikeluarkan PDRM manakala JPJ pula mengeluarkan 71 notis kompaun sama. Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tidak mempamerkan lesen P dan L (21 kes) dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi (12 kes),” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, kesalahan lain dikesan ialah tiada cermin sisi (10 kes) dan melakukan ubah suai tanpa kebenaran dan halangan lalulintas masing-masing tujuh kes.



Tambah beliau, selain itu, tiga notis kompaun trafik disebabkan kealahan cukai jalan tamat tempoh dikeluarkan serta tiada insurans kenderaan dan membenarkan individu lain memandu tanpa lesen masing-masing satu kes.

“JPJ juga turut menyita dua kereta dalam operasi sama atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker