Pihak terbabit langgar lari OKU diminta tampil

Pihak terbabit langgar lari OKU diminta tampil

Pihak terbabit langgar lari OKU diminta tampil
Kes langgar lari hingga menyebabkan seorang pejalan kaki OKU maut di kawasan parkir, Pasar Awam Bukit Gambir, Selasa, lalu. – NSTP/Ahmad Ismail

TANGKAK: Orang ramai atau saksi kejadian kes langgar lari hingga menyebabkan seorang pejalan kaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut di kawasan parkir, Pasar Awam Bukit Gambir, Selasa lalu digesa tampil membantu siasatan polis.

Ini bagi membolehkan pihak polis mengenalpasti individu lain yang terbabit dalam kemalangan terbabit hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata pihaknya meminta semua pihak yang mempunyai maklumat tampil supaya kes berkenaan dapat diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya amat memandang serius kes langgar lari seperti ini, seharusnya individu atau pihak yang terbabit tidak melarikan diri sebaliknya mempunyai sikap bertanggungjawab selepas terbabit dalam kejadian kemalangan itu.

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan sama ke atas mereka yang turut cuba bertindak melarikan diri sekiranya terbabit dalam kejadian seperti ini.

“Cuba fikirkan perasaan waris keluarga mangsa apabila mereka tidak tahu punca sebenar mangsa terbabit dalam kemalangan dan bagaimana kalau perkara sama berlaku pada diri kita,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam Selasa lalu itu, mangsa berusia 55 tahun yang sedang berjalan kaki sekitar pasar awam berkenaan, ditemui cedera parah sebelum meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar jam 3.10 petang, semalam ketika menerima rawatan selepas dilanggar sebuah kenderaan yang tidak diketahui.

Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian menemui kesan calar petunjuk atas jalan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak Inspektor Faszrulhaq Zulkapli di talian 012-2306943.

 

Pihak terbabit langgar lari OKU diminta tampil

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker