Nahas UiTM Dungun: Suspek tidak pernah terima rawatan mental

Oleh – Syeikh Baran

Nahas UiTM Dungun: Suspek tidak pernah terima rawatan mental

Wanita yang sedang ditahan reman bagi membantu siasatan melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu lalu didapati tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakan, tiada rekod rawatan kesihatan mental bagi suspek berusia 49 tahun itu dijumpai di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Begitupun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut pernah mendapat rawatan mental di negeri-negeri lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang suri rumah yang disyaki mengalami kecelaruan mental ditahan reman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan melanggar empat pelajar UiTM Dungun sewaktu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V pada Rabu lalu.

Kemalangan pada pukul 7.20 malam tersebut mengorbankan tiga mangsa iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pula cedera parah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker