Lelaki Bangladesh ditemui mati, tiga rakan senegara ditahan

Oleh – Syeikh Baran

Lelaki Bangladesh ditemui mati, tiga rakan senegara ditahan

Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemui mati di Taman Legenda Fasa 3, Teluk Intan pagi tadi yang disyaki dibunuh, setelah gagal dikesan oleh rakan yang mahu mengajaknya bersembahyang.



Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerima laporan daripada orang awam pada pukul 5 pagi mengenai penemuan mayat yang terletak berhampiran rumah kongsi sekumpulan pekerja asing.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan rakan mangsa dan mendiami kawasan rumah kongsi tersebut untuk membantu siasatan, selain merampas tiga telefon bimbit milik mereka.

“Tempat kejadian ini merupakan kawasan semak di belakang rumah kongsi tersebut. Si mati berada dalam keadaan terlentang berlumuran darah di kawasan leher dan badannya.

“Si mati juga dipercayai tiada di rumah kongsi yang dihuni bersama tiga orang lagi rakan pada jam 8.30 malam tadi setelah selesai makan malam bersama dengan rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan termasuk mengenal pasti motif kematian rakan mereka berumur 27 tahun tersebut serta senjata digunakan.



Kata Azizi, keterangan daripada rakan mendapati mangsa telah disedari hilang apabila hendak diajak bersembahyang, tetapi tidak dapat mengesan keberadaan si mati.

Jelasnya lagi, terdapat lebih 30 orang pekerja yang menghuni kawasan tersebut, namun pihak polis menahan tiga daripada mereka yang rapat kepada mangsa. 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker