Lebih 10 tiang elektrik tumbang kerana sebuah kereta

Oleh – Syeikh Baran

Lebih 10 tiang elektrik tumbang kerana sebuah kereta

Sebuah kereta merempuh sebatang tiang elektrik yang mengakibatkan lebih 10 lagi turut tumbang di Bangkok, Ahad lalu, lapor The Pattaya News. 



Pihak berkuasa tempatan kemudian bertindak memutuskan sementara bekalan elektrik di kawasan itu. 

Pemandu itu, yang hanya dikenali sebagai Asan, 28, dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat, kata polis.

Penyiasat-penyiasat forensik memeriksa kereta itu di Balai Polis Sutthisan dan menemui 25 pil methamphetamine, sejumlah kecil kristal methamphetamine, sepucuk pistol 11 milimeter, dan apa yang kelihatan seperti sebotol jus ketum.

Ujian air kencing Asan positif dadah, demikian menurut polis.



Senjata itu yang didaftarkan di wilayah Sing Buri, sedang disiasat kerana Asan dilaporkan menafikan menjadi pemiliknya. 

Kereta itu yang didakwanya dipinjam daripada seorang rakan, juga sedang disiasat. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker