JIPS Bukit Aman tahan pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita

JIPS Bukit Aman tahan pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita

JIPS Bukit Aman tahan pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis ditahan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman ketika bersama seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan sah dengan dirinya di sebuah kediaman di Cheras di sini, semalam.

Penahanan pegawai kanan yang bertugas di Perak itu dilakukan cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira jam 1.40 pagi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.



Beliau berkata, siasatan masih dijalankan oleh JIPS.

“Saya sahkan pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah dengan dirinya.

“Penahanan itu dibuat selepas kita (JIPS) menerima maklumat adanya aktiviti bersekedudukan berlaku membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

JIPS Bukit Aman tahan pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker