Dua lelaki ditahan kes simbah cat di kereta
Oleh – Syeikh Baran
Polis Daerah Manjung telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian tiga kereta disimbah cat di Taman Muhibah, Sitiawan pada 29 September lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam kejadian tersebut tiga kenderaan iaitu Proton X70, Proton Persona dan Nissan Almera telah disimbah cat berwarna merah oleh individu yang tidak pasti.
Menurutnya, dalam kejadian tersebut juga terdapat notis ditinggalkaan oleh suspek mengandungi gambar kad pengenalan satu lelaki dengan tulisan ‘Second time is burn!!’.
Azizi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Tambahnya, siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 29 September lalu lebih kurang pukul 3.55 pagi, dengan suspek dua lelaki disyaki berbangsa Cina menaiki kenderaan Myvi warna putih telah melemparkan cat dan meninggalkan sehelai notis sebelum beredar.
Sumber – KOSMO! ONLINE