1 maut, 12 pelancong terperangkap dalam lombong emas

Oleh – Syeikh Baran

1 maut, 12 pelancong terperangkap dalam lombong emas

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 12 lagi terperangkap di dalam sebuah lombong emas di negeri Colorado akibat kerosakan peralatan,  lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam. 



Kejadian berlaku di Lombong Emas Mollie Kathleen, Cripple Creek yang kini merupakan pusat tarikan pelancongan.

Menurut Pejabat Sheriff Teler County, mangsa-mangsa terperangkap adalah sebahagian daripada kumpulan pelancong yang membuat lawatan di lombong tersebut. 

Sheriff Teller County, Jason Mikesell mengesahkan bahawa seorang individu terkorban manakala 12 yang lain masih terperangkap di dalam terowong lombong tersebut.

“11 orang termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan dan kesemua mangsa yang terperangkap berada dalam keadaan selamat.



“Pasukan penyelamat sedang giat berusaha membawa mereka keluar,” kata Mikesell. 

Beberapa agensi termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat, turut dikerahkan untuk membantu. 

Gabenor Colorado, Jared Polis berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pihak Teller County untuk menyediakan bantuan dan sumber bagi operasi menyelamat.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu menyelesaikan situasi ini dengan segera dan selamat,” kata Polis.



Lombong terbabit merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak berhampiran Cripple Creek, Colorado. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker