Isu 1BestariNet: SPRM dijangka panggil Mahdzir bantu siasatan

Oleh – Syeikh Baran

Isu 1BestariNet: SPRM dijangka panggil Mahdzir bantu siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan berkaitan isu tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.



Menurut sumber, Mahdzir antara individu yang kemungkinan dipanggil bagi membantu siasatan itu kerana beliau bekas Menteri Pendidikan yang memutuskan projek membabitkan 8,000 sekolah di seluruh negara diteruskan.

“Siasatan juga akan dijalankan ke atas beberapa sekolah yang terbabit untuk memastikan mereka menerima kelajuan jalur lebar seperti dipersetujui dalam kontrak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 26 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan siasatan pihaknya berhubung tender perkhidmatan 1BestariNet itu bertumpu terhadap mutu pembekalan jalur lebar kepada 8,000 sekolah di seluruh negara.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti pembekalan data atau jalur lebar yang sepatutnya diberikan kepada semua sekolah berkenaan, sama ada ia dibekalkan atau tidak.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker