Anak yatim didera ditemui tanpa pakaian dalam bilik

Oleh – Syeikh Baran

Anak yatim didera ditemui tanpa pakaian dalam bilik

urusolek antara tiga lelaki yang ditangkap susulan penemuan seorang kanak-kanak berusia enam tahun dalam keadaan tanpa pakaian dengan kesan luka pada badan dalam bilik sebuah rumah di Batu 4, di sini.



Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kesemua suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun itu ditahan lebih kurang pukul 3 pagi pada 3 Oktober lalu di Taman Desa Rusa dan Taman Dataran Segar, Lukut.

“Suspek bekerja sebagai jurusolek dan hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai kesalahan lampau melibatkan dadah dan jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek juga positif dadah.

Soal siasat awal mendapati punca suspek memukul kanak-kanak lelaki itu kerana mangsa degil dan membuang air kecil di merata tempat di dalam rumah. Selain itu turut dirampas senjata yang digunakan iaitu rotan bulu ayam dan pemanas air,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu Maslan berkata, kira-kira pukul 1.27 pagi, 3 Oktober lalu, pihak polis telah menerima aduan daripada seorang wanita berusia 67 tahun bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan menangis dan terdapat luka pada tubuh berada di sebuah rumah di Batu 4 di sini.



“Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim yang kematian bapa dan ditinggalkan ibu kandung sejak kecil seterusnya dijaga oleh pengadu di Klang, Selangor sebelum diserahkan kepada bapa angkat pada 2021.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker