Polis minta Rae Lil Black buat laporan dakwaan dicabul

Oleh – Syeikh Baran

Polis minta Rae Lil Black buat laporan dakwaan dicabul

Polis belum menerima laporan berhubung pempengaruh dan bintang pornografi luar negara yang mendakwa diekori dan dicabul ketika bersiar-siar di ibu negara, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, wanita warga asing terbabit diminta tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Boleh menggunakan media sosial, tetapi mana-mana pihak terkesan lebih elok tampil ke hadapan, buat laporan polis untuk buat tindakan.

“Ini adalah kes terpencil, keseluruhannya Kuala Lumpur (masih) selamat dan kalau tengok statistik jenayah bukan saja jenayah indeks, jenayah lain juga kurang.

 

Beliau mengulas mengenai dakwaan seorang wanita bahawa Kuala Lumpur tidak selamat apabila berkongsi pengalamannya di X sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen.

Dalam perkongsian tular itu, wanita terbabit, Rae Lil Black mendakwa dia diekori dan dicabuli ketika bersiar-siar di sebuah lokasi di ibu negara.

Menerusi hantaran itu juga, dia pada awalnya menganggap Kuala Lumpur sebuah bandar raya selamat, namun sangkaannya meleset berdasarkan pengalaman dilaluinya itu.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, kunjungannya ke Balai Berita satu pengalaman bermakna, malah pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada media.

“Kunjungan ini sangat bermakna kepada Polis Kontijen Kuala Lumpur dan paling penting dapat mengeratkan kerjasama yang terbina sekian lama,” katanya.

Terdahulu delegasi terbabit disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid serta barisan kepimpinan tertinggi MPB.

Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, Pengarang Kumpulan The New Straits Times Farrah Naz Abd Karim dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Thillinadan Muniandy.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker