Larian songsang: Atok warga Taiwan, India didenda RM5,000 berpakaian wanita
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki warganegara Taiwan memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan perbuatan lucah di tempat awam dengan berpakaian menjolok mata di Desaru, Kota Tinggi Jumaat lalu.
Tertuduh Arthur Wang, 66, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.
Arthur berkata, dia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas perbuatannya itu dan memaklumkan dia tidak biasa dengan ajaran Islam.
Katanya, dia yang merupakan seorang pesara telah 10 tahun mempromosikan kebudayaan orang asli di Taiwan dan pakaian dipakai tersebut adalah pakaian dari kaum Orang Asli di kepulauan di sana.
Jelasnya sekiranya dia mengetahui Malaysia sebuah negara yang konservatif dia tidak akan berpakaian mencolok mata.
Mengikut pertuduhan pada 4 Oktober lalu, lebih kurang antara 4 petang sehingga 6 petang di Jalan Utama Jalan Desaru, daerah Pengerang tertuduh telah didapati melakukan perbuatan lucah yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain di tempat awam dengan cara berpakaian menjolok mata.
Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 294(a) Kanun
Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda atau dengan kedua-duanya.
Dalam pertuduhan berasingan seorang lelaki warganegara India, Satyanarayana Prasad Papoli, 70, turut didakwa melakukan perbuatan sama pada waktu dan tarikh yang sama.
Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris dimana tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di perkarangan Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, Bandar Penawar dan didakwa melakukan kesalahan dibawah seksyen yang sama.
Sementara itu, Satyanarayana pula berkata, kehadirannya ke negara ini bertujuan baik untuk membantu mendapatkan dana amal melalui acara itu.
Katanya, dia akan pulang ke India hari ini dan memohon agar denda dikenakan dikurangkan berikutan tidak membawa wang yang banyak.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.