Korea Utara serang Korea Selatan dengan belon sampah

Oleh – Syeikh Baran

Korea Utara serang Korea Selatan dengan belon sampah

Korea Utara sekali lagi melepaskan sejumlah belon sampah ke arah negara jirannya, Korea Selatan awal hari ini, kata  Seoul, hanya tiga hari selepas pelancaran serupa pada minggu lalu.

Akhbar The Korea Times melaporkan Ketua Staf Bersama Korea Selatan sebagai berkata, penduduk  wilayah Gyeonggi, utara Korea Selatan  dan bahagian lain di kawasan metropolitan Seoul diminta berwaspada kerana belon sampah mungkin menuju dan berisiko menimpa mereka.

Pihak tentera juga menasihati rakyat supaya tidak menyentuh belon-belon tersebut.

Sejak akhir Mei lalu, Korea Utara telah menghantar lebih 5,000 belon sampah yang kadang kala berisi najis, merentasi sempadan ke arah Korea Selatan.

Pyongyang dilaporkan berbuat demikian sebanyak 25 kali.

Dalam pelancaran sebelum ini pada Jumaat lalu, Pyongyang menghantar kira-kira 320 belon sampah.

Tentera Korea Selatan berikrar mengambil langkah ketenteraan keras sekiranya Korea Utara melampaui batas dengan kempen belon sampah yang berterusan atau mendatangkan kecederaan serius kepada rakyat di Selatan.

Sebagai tindak balas, tentera Seoul melancarkan semula siaran propaganda anti-Korea Utara pada setiap hari melalui pembesar suara di sepanjang sempadan kedua-dua negara sejak 21 Julai lalu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker