Tular pekerja kedai makan guna penyapu cuci periuk

Oleh – Syeikh Baran

Tular pekerja kedai makan guna penyapu cuci periuk

Tular rakaman di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk dengan menggunakan penyapu.



Klip video berdurasi dua saat itu yang dimuat naik di sebuah halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis kira-kira pukul 5 petang tadi menerima kritikan dan kecaman netizen.

Dalam klip tersebut, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di bandar Lipis dan rata-rata netizen meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker