Sudahlah dirantai, ditunggang pula harimau

Sudahlah dirantai, ditunggang pula harimau

Sudahlah dirantai, ditunggang pula harimau
Nouman menunggang harimau yang dirantai pada leher. – Instagram

ISLAMABAD – Seorang pesohor media sosial di Pakistan mencetuskan kemarahan netizen selepas memuat naik video dia menunggang seekor harimau yang dirantai pada leher, lapor laman berita NDTV semalam.

Nouman Hassan berkongsikan video tersebut di laman Instagram baru-baru ini.

Ia menunjukkan lelaki itu duduk di belakang harimau di sebuah kawasan terbuka.



Latar belakang video itu menunjukkan terdapat dua kandang, dengan setiap satu daripadanya menempatkan seekor singa jantan dan betina.

Video itu mengundang kemarahan pengguna media sosial dengan ramai menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan haiwan-haiwan tersebut dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap hidupan liar.

“Manusia jenis apa yang sanggup merantai haiwan besar seperti itu untuk tujuan hiburan?” kata seorang netizen.

“Harimau itu kelihatan tidak berdaya. Ini adalah kekejaman terhadap haiwan,” kata pengguna media sosial lain.



Menurut laman berita India Today, Nouman memelihara beberapa ekor haiwan liar termasuk harimau, citah, ular dan buaya. – AGENSI

Sudahlah dirantai, ditunggang pula harimau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker