Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
Wanita Palestin, Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabah yang membuat kecoh di Wisma Transit, Kuala Lumpur baru-baru ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas insiden berkenaan.
Aminah berkata dia sangat menyesal atas perbuatan itu.
Beliau mengakui rakyat Palestin yang berada di negara ini menerima layanan baik.
Aminah berkata, perbuatan itu dilakukan dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menghubungi anak-anaknya yang berada di Gaza.
“Saya minta maaf dan sangat menyesal apa yang telah saya lakukan.”
“Saya bersumpah dengan nama tuhan, saya tidak buat dengan sengaja.”
“Kami sedang melalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah yang tahu.”
“Selain itu sudah seminggu saya tak boleh hubungi anak-anak saya (di Gaza).”
“Tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa tentang mereka di sana.”
“Atas nama Tuhan, saya mohon maaf atas apa yang dilakukan oleh saya.”
“Serius, kamu adalah orang yang baik, murah hati dan menghormati orang.”
“Dan kami berterima kasih kerana menerima kami dengan layanan yang baik.”
“Kamu melayan kami dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan.”
“Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab.”
“Tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia),” katanya dalam video yang dirakam.
Semuga Rakyat Malaysia Berlapang Dada
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution berkata, kekecohan yang dilakukan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghantar semua rakyat Palestin pulang.
Saifuddin berkata adalah tidak masuk akal untuk kerajaan berbuat demikian.
Kerana negara mereka sedang terlibat dalam peperangan.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang kesimpulan umum.
Hanya berdasarkan kejadian itu dan menyalahkan semua rakyat Palestin.
Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali turut mengecam insiden tular yang melibatkan dua wanita Palestin itu.
Dan menjelaskan ia tidak menggambarkan kelakuan rakyat Palestin secara umumnya.
Orang yang terlibat sudah pun meminta maaf.
Kita harus memahami keadaan serta kerisauan wanita tersebut yang yang kehilangan harta benda dan mungkin juga ahli keluarga akibat peperangan.
Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
Di Syorkan Untuk Anda:
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
- Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO
You must be logged in to post a comment.