Lans Koperal mengaku tidak bersalah peras ugut wanita

Oleh – Syeikh Baran

Lans Koperal mengaku tidak bersalah peras ugut wanita

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Muaz Md Subri, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 31 tahun bahawa satu bencana iaitu ditangkap polis akan berlaku kepadanya.

Oleh itu, dengan jalan demikian dengan curang mendorongnya menyerahkan harta iaitu wang berjumlah RM500 kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan pada lebih kurang pukul 9.30 malam di tempat letak kereta di sebuah rumah flat di Nilai pada 17 Oktober 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Noor Azizi Abdull Aziz yang mewakili tertudub kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan paling rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan enam anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Oktober depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker