Forest sekat hajat Chelsea raih tiga mata penuh

Forest sekat hajat Chelsea raih tiga mata penuh

Forest sekat hajat Chelsea raih tiga mata penuh
PERTAHANAN Chelsea, Marc Cucurella (kanan) dicabar barisan pemain Nottingham Forest. FOTO AFP

London: Nottingham Forest berjaya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Chelsea, hari ini walaupun beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-78.

Ia hasil pertahanan kental dan persembahan cemerlang penjaga gol yang berjaya menahan serangan pasukan tuan rumah dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang cukup sengit.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, Forest membuka jaringan terlebih dahulu apabila pemain Serbia, Nikola Milenkovic menanduk bola ke arah Chris Wood yang menyudahkannya dengan baik pada minit ke-50.

Perlawanan menjadi lebih rancak dan enam minit kemudian, Chelsea memecah kebuntuan menerusi gol penyamaan Noni Madueke yang menerima hantaran cantik Cole Palmer.

Forest terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila James Ward-Prowse menerima kad kuning kedua kerana memegang bola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.


Penjaga gol Matz Sels memastikan Forest meraih satu mata berharga apabila mempamerkan aksi cemerlang termasuk menafikan cubaan Palmer dan Christopher Nkunku.

Manakala penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, turut menafikan beberapa peluang daripada pasukan pelawat ketika tambahan 13 minit masa kecederaan yang penuh mendebarkan.

 

Forest sekat hajat Chelsea raih tiga mata penuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker