Budak 12 tahun maut selepas terjatuh dari dek kapal persiaran
Budak 12 tahun maut selepas terjatuh dari dek kapal persiaran
Washington: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni ketika pelayaran kapal persiaran milik Royal Caribbean, bulan lalu.
Dalam kejadian 7 September lalu itu, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika kapal Harmony of the Seas itu dalam pelayaran menuju Galveston, Texas.
Portal Independent melaporkan, dia terjatuh dari balkoni di dek lapan yang dikenali sebagai kawasan ‘central park’ di kapal itu.
Dek itu menempatkan banyak restoran dan kedai, lapor portal People.
Jurucakap Royal Caribbean dalam satu kenyataan mengesahkan kematian salah seorang tetamu mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
“Pasukan penjagaan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga tetamu semasa tempoh sukar ini.
“Untuk privasi tetamu dan keluarga mereka, kami tidak mempunyai butiran tambahan untuk dikongsi,” katanya.
Kanak-kanak itu belum dikenal pasti dan masih belum jelas apa yang menyebabkan dia terjatuh dari balkoni berkenaan.
Bulan lalu, seorang lelaki Britain dilaporkan terjatuh dari satu lagi kapal milik Royal Caribbean iaitu Explorer of the Seas, di perairan berhampiran Croatia.
Bagaimanapun, pencarian mangsa dihentikan selepas hampir 40 jam.
Budak 12 tahun maut selepas terjatuh dari dek kapal persiaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
- Perangkap Yang Tidak Di Sedari
- Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.