Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL

Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL
Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.

Dah jadi pensyarah

 

Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL

Menerusi sebuah posting di Instagram, Fazeera atau lebih mesra disapa sebagai Faz, berkongsi keputusan cemerlang yang diraih olehnya sepanjang melanjutkan pengajian.

Menurut Faz, pada awalnya dia tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di peringkat ijazah memandangkan dia sudah mempunyai kerjaya pada waktu itu.

Faz sambung degree agak lewat at the age of 25, oleh kerana dulu umur 20 dah melakar kenangan di awan biru. Namun, covid 19 telah melanda seluruh dunia sehingga ramai yang terkesan termasuk saya.

Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.  Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020.

Di tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian kontrak kerana situasi covid 19 yang kian mencabar. Selama 6 bulan Faz stranded di Doha tanpa keluarga tercinta disisi. Balik je Malaysia, dua bulan kemurungan. Dan Faz tanya pada diri “sampai bila nak macam ni?”. Faz pun decided untuk opt for online learning sambil bekerja sebagai Customer Service Representative di Shopee (WFH).

Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung dua kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar dah berlalu dah.

Tambah Faz, dia bersyukur kerana segala ujian dan rintangan yang dilalui olehnya sepanjang tempoh pembelajaran itu membuahkan hasil. Jelas Faz, kini dia sudah menjadi pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.

Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.

Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan hadapinya dengan tenang.

Terima kasih keluarga

 

Di akhir posting, Faz berterima kasih kepada seluruh ahli keluarganya termasuk suami tercinta kerana sentiasa memberi sokongan.

Allah tarik apa yang Faz ada dulu dan digantikan dengan yang lebih baik. Alhamdulillah juga, dengan support dari family, @fizoomar dan ibu mertua Faz, keluarga Faz, Faz dapat anugerah dekan untuk my bachelors.

Sumber: Faz

 

Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker