Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan [VIDEO]
Raih Perhatian Ramai!-“Lagu Ni Banyak Kenangan”
Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Duet Suara Diorang Ni Memang Sesuai Sangat, Seimbang Je Dengar”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitisitusanasini11_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 83 ribu, tanda suka sebanyak 2,510 dan sebanyak 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti dan Cakra Khan yang menyanyikan secara ‘A Capella‘ lagu duet mereka yang pernah popular suatu ketika dahulu yang berjudul Seluruh Cinta.
@sitisitusanasini11_ @Siti Nurhaliza #CakraKhan nyanyi #SeluruhCinta tanpa Muzik ya ampun merdu banget 🥹😭 #SitiSituSanaSini #SitiNurhaliza #ToktiTiktok #Tokti #Ctdk #Fyp
♬ original sound – Siti Situ Sana Sini – Siti Situ Sana Sini
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka ingin mendengar lagu tersebut versi baharu dari Tokti dan Cakra Khan itu. Tambah mereka lagi, suara Tokti dan Cakra Khan sangat sesuai apabila menyanyikan lagu duet bersama.
Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.
You must be logged in to post a comment.