Pukul dua lelaki guna kunci stereng, penuntut IPTS ditahan

Oleh – Syeikh Baran

Pukul dua lelaki guna kunci stereng, penuntut IPTS ditahan

Seorang pengguna jalan raya yang videonya tular di media sosial kerana mencederakan dua lelaki dengan kunci stereng telah ditahan polis hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi di Jalan Air Itam menuju ke pekan Dengkil itu, suspek berusia 20 tahun yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu dikesan memukul dua lelaki dengan kunci stereng.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, suspek ditahan petang tadi selepas aduan dibuat mangsa pada tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pergaduhan antara suspek dan mangsa tercetus akibat tidak berpuas hati ketika kedua-dua pihak melalui jalan itu.

“Kejadian ini telah dirakam oleh orang awam sebelum ditularkan di media sosial. Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa cedera di kepala dan tangan akibat dipukul menggunakan kunci stereng,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Katanya, pihaknya turut merampas seunit kunci stereng yang digunakan suspek sebagai senjata untuk mencederakan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker