Pelajar terjatuh di tengah laut ketika pulang dari sekolah

 

Oleh – Syeikh Baran

Pelajar terjatuh di tengah laut ketika pulang dari sekolah

Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Muna, wilayah Sulawesi Tenggara mengejutkan orang ramai apabila terjatuh di tengah laut ketika menaiki bot untuk pulang ke rumah, lapor saluran berita Okezone semalam.



Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) pada 30 September lalu.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform @wunainfo1, beberapa pelajar dilihat duduk di atas sebuah bot sambil memakai seragam sekolah.

Bot itu bergegas membuat pusingan U dan krunya segera menyelamatkan pelajar berkenaan yang bernama Ali Sahar.

Lebih mengejutkan, semua  mereka tidak memakai jaket keselamatan ketika merentasi lautan biru itu.



Difahamkan, Ali tinggal di Desa Bontu-Bontu dan  berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bot.

“Bot itu dihempas ombak kuat, saya terjatuh ke dalam laut,” kata Ali.

Rakaman itu mencatatkan lebih 11,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Kasihan sangat, semoga berjaya pada masa depan,” kata seorang netizen. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker