Gelagat Farah Nabilah Diganggu Anak Ketika Bersiap, Raih Perhatian! [VIDEO]

“Macam Ni Lah Bila Dah Jadi Mak-Mak”

Gelagat Farah Nabilah Diganggu Anak Ketika Bersiap, Raih Perhatian! [VIDEO]

Gelagat Farah Nabilah Diganggu Anak Ketika Bersiap, Raih Perhatian! [VIDEO]

Farah Nabilah Saipuddin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012. Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk Titian Cinta (2017), Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).

 Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31



Beliau merupakan anak sulung daripada enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan kepada pasangan Datuk Saipuddin bin Ahmad dan Datin Haslina binti Ismail. Farah Nabilah memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi.

“Suka Tengok Dia Dari Dulu Sampailah Sekarang Dah Ada Anak”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Farah Nabilah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 637 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 50 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Farah Nabilah yang sedang bersiap, kemudian beliau diganggu oleh anaknya dengan menggunakan berus makeup.

@farahnabilahofficial



GRWM ft my boys 🥰 #skintificmy #mattecushion @skintific.my

♬ Tshwala Bam (feat. S.N.E, EeQue) – TitoM & Yuppe

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa begitulah kehidupan apabila telah menjadi seorang ibu. Tambah mereka lagi, mereka gemar melihat Farah Nabilah ketika berlakon kerana wataknya yang sangat terkesan kepada penonton.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



Gelagat Farah Nabilah Diganggu Anak Ketika Bersiap, Raih Perhatian! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker