PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
UMNO/Barisan Nasional (BN) sememangnya layak dan mempunyai sebab untuk meraikan kemenangan mereka di pilihan raya kecil Mahkota.
Jumlah undi yang diperolehi calon UMNO/BN kali ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11,384 undi berbanding pilihan raya negeri Johor.
Dalam pilhan raya negeri Johor, calon UMNO/BN, Allahyarhamah Syarifah Azizah memperolehi 16,611 undi.
Manakala dalam pilihanraya kecil Mahkota, calon UMNO/BN, Syed Hussein, memperolehi 27,995 undi.
Peningkatan majoriti yang diperolehi UMNO/BN kali ini adalah sebanyak 11,384 undi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fitnah saat akhir tidak ubah pendirian Pengundi DUN Mahkota.
- UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
Dalam pilihan raya negeri Johor, UMNO/BN memperolehi majoriti sebanyak 5,166 undi berbanding 20,648 undi kali ini.
Kemenangan dengan majoriti melebihi 20,000 undi dalam pilihan raya peringkat DUN adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan.
Tetapi, di sebalik kejayaan yang cukup membanggakan itu, UMNO/BN tidak boleh menafikan usaha parti sekutu yang lain.
Admin adalah bipartisan dan tidak menjadi ahli atau penyokong mana-mana parti.
Tetapi sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil Mahkota, admin dapat melihat dengan jelas komitmen dari DAP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN tandus isu, cuba kait BN dengan komunisma
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai
PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
Beberapa pemimpin utama mereka dari pusat dan negeri dilihat bersungguh-sungguh bekerja keras membantu calon UMNO/BN.
Dari laporan beberapa media, kita dapat melihat dengan jelas beberapa pemimpin DAP pusat seperti Anthony Loke dan Teo Nie Ching.
Manakala pemimpin DAP di peringkat negeri pula, Pengerusi DAP Johor, Liu Chin Tong di lihat bertungkus lumus membantu.
Begitu juga dengan sumbangan dari parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC.
Walau pun dilaporkan MCA dan DAP dilihat bersaing untuk mendekati pengundi Cina, tetapi ianya boleh ditafsirkan sebagai persaingan yang sihat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
Bersaing di atas padang, tetapi tetap mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Cuma pada pendapat admin, adalah lebih baik berganding bahu dari bersaing.
Pasti kesannya akan menjadi lebih baik.
Mengiktiraf dan menghargai komitmen parti sekutu dalam membantu kemenangan tidak akan menjadikan UMNO/BN lemah.
Malah, di sudut jangka masa panjang, ianya akan menjadi win-win situation kepada semua pihak.
Terima kasih atas semangat perpaduan.
PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
- Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.