Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

PAS sememangnya sangat dikenali sebagai sebuah parti politik yang kerap menggunakan agama sebagai topeng untuk tujuan politik.

Menggunakan sumpah laknat kepada calon pilihan raya mereka sebagai jaminan untuk tidak melompat ke parti lain, bukan lagi khabar angin.



Memberikan rasuah kepada pengundidengan menggunakan kalimah Allah SWT serta menjenamakan semula sebagai sedekah, juga bukan khabar angin.

Menjanjikan syurga kepada ahli PAS dengan momokan sekiranya tidak bersama PAS akan dihumban ke neraka, juga bukan khabar angin.

Memutar belitkan nas Al Quran dan hadis mengikut kepentingan mereka, juga bukan khabar angin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




Segalanya sudah terbukti dengan nyata.

Google atau Youtube sahaja, pasti kita akan mendapat buktinya.

Strategi Licik PAS

Persoalannya, bagaimanakan PAS mengindoktrinasikan rakyat agar taksub kepada pemimpin dan parti mereka.



Apa yang berlaku dalam khutbah Jumaat di Melaka baru-baru ini mendedahkan bagaimana PAS berjaya melakukannya.

Doktrin ketaksuban kepada pemimpin dan parti PAS dijayakan dengan kerjasama dari pegawai kerajaan yang diberikan amanah menyebarkan syiar Islam kepada rakyat.

Mereka terdiri dari ustaz-ustaz yang merupakan ahli PAS yang tegar.

Ustaz-ustaz ini mempunyai akses yang terbuka luas untuk berkomunikasi dengan rakyat di peringkat akar umbi.



Kesempatan ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh mereka untuk menanamkan ketaksuban rakyat kepada pemimpin dan parti PAS.

Agak menghairankan, bagaimana pihak berkuasa tidak dapat mengesan perkara ini.

PAS tahu, untuk mereka menawan Putrajaya secara bersendirian, adalah sangat mustahil.

Fobia pengundi Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu terhadap PAS masih lagi menebal.



Jadi, apa yang mereka lakukan sekarang ini adalah untuk menawan seberapa banyak kerajaan negeri.

Sekiranya berjaya, maka fasa kedua untuk menawan Putrajaya akan dimulakan dengan strategi yang baharu.

Apakah penjelasan yang dapat kita berikan, sekiranya Melaka yang mempunyai majoriti 3/4 DUN boleh terlepas pandang dalam isu khutbah Jumaat?

Sekiranya Barisan Nasional mahu mengekalkan penguasaan di Melaka, pembersihan segera mesti dilakukan.



Penceramah JAIM dibayar gaji menggunakan duit rakyat untuk memartabatkan Islam di Melaka bukan untuk memantapkan PAS di negeri tersebut.

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tayang gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, empat pegawai JAIM ditukar, dipecat

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker