Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
Khutbah Jumaat di semua masjid di Melaka pada 20 September lalu mencetuskan kontroversi.
Kontroversi tercetus apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiarkan wajah ahli politik pembangkang
Dalam slaid JAIM yang bertajuk Negaraku, Tanah Air Ku, sempena Hari Malaysia, wajah Presiden PAS, Hadi Awang juga diselitkan.
Ia diletakkan bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi:
Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf
- Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri
- Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
Dalam slaid berasingan, turut dipaparkan wajah bekas YDP Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah, berbanding wajah YDP Agong baharu, Sultan Ibrahim.
Ia menimbulkan pelbagai persoalan kerana agensi kerajaan sendiri tidak cakna dengan larangan penyebaran agenda politik di masjid.
JAIM bagaimanapun telah membuat permohonan maaf atas kekhilafan tersebut.
Dan menjelaskan terdapat ralat dalam infografik yang disediakan pihaknya.
“Adalah dimaklumkan bahawa berlaku ralat kepada infografik yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).”
“Untuk edaran kepada masjid dan surau Jumaat di Negeri Melaka pada 20 September 2024.”
“Sehubungan itu, JAIM menarik balik infografik tersebut dengan serta merta.”
“Dan memohon jasa baik semua pengerusi masjid dan surau Jumaat untuk menurunkan serta memadam.”
“Dan tidak menyebarkan infografik tersebut atau sebarang dokumen berkaitannya untuk apa-apa tujuan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat
- Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
- SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?
“JAIM berasa kesal atas kejadian yang berlaku dan memohon maaf di atas kekhilafan tersebut.”
“Serta akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” kata pengarahnya, Badaruddin Mohd Kassim.
Timbul persoalan di sini, apakah kesilapan tersebut sengaja dilakukan untuk mengindoktrinasikan ketaksuban rakyat Melaka kepada pemimpin tertentu?
Apakah jasa Hadi Awang kepada Melaka hingga JAIM rasa layak untuk disiarkan gambar beliau dalam khutbah Jumaat di seluruh negeri Melaka?
Bagaimanakah JAIM boleh begitu cuai hingga kesilapan seperti itu boleh berlaku?
Siasatan serta gtindakan tegas mesti dilakukan segera kerana permohonan maaf tidak mencukupi.
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
You must be logged in to post a comment.