Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam

Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam

Pendekatan penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuhkan dalam usaha mengesan aset dicuri penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.

Beliau berkata, operasi SPRM kini bukan saja lebih fokus menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.



“Untuk tahun ini saja, kita dapat mengembalikan RM1.3 bilion jumlah aset penjenayah dan duit itu (kita) bagi balik kepada kerajaan. Kalau boleh, semua agensi penguat kuasa bukan saja berusaha menggembleng tenaga, selain menangkap jenayah, tuduh di mahkamah, tetapi kita juga merampas semula harta penjenayah dicuri.

Saya nak bankrapkan mereka (penjenayah rasuah) dan ini boleh mendatangkan rasa takut kepada mereka supaya berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Menurutnya, peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 membenarkan SPRM merampas aset penjenayah untuk mengembalikan hasil dicuri kepada kerajaan.

Beliau berkata, usaha itu memerlukan pengetahuan dan kepakaran tinggi pegawai penyiasat serta forensik.



“Bayangkan penjenayah rasuah itu meletakkan harta dalam proksi, siapa tahu. Oleh itu, pendekatan penyiasatan dan perisikan kita mesti mantap dan diperkasa.

Sebelum mahu menyiasat seseorang itu, kita perlu mengenal pasti aset yang telah dilupuskan dan disalurkan kepada mana-mana pihak supaya kita dapat pastikan aset ini (dikembalikan) semula.

Mengambil contoh kes 1MDB, Azam berkata, usaha keras SPRM bersama agensi lain membuahkan hasil apabila RM29 bilion dipulangkan kepada kerajaan daripada kos prinsipal RM42 bilion.

SPRM juga, katanya, menubuhkan pasukan petugas di agensi lain seperti Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan polis untuk berkongsi kepakaran dalam kes sindiket.



Selain penguatkuasaan, menurutnya, SPRM turut berperanan dalam pencegahan dan pendidikan masyarakat melalui media arus perdana serta kempen di media sosial.

Penggunaan media sosial dioptimumkan selaras kehendak masyarakat, contohnya program debat secara penstriman langsung yang membolehkan masyarakat menyaksikannya.

Beliau berkata, pendidikan masyarakat disampaikan dari peringkat rendah hingga universiti, contohnya melalui Angkatan Mahasiswa Antirasuah yang dimulakan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Katanya, fokus SPRM ketika ini lebih kepada ketirisan berbanding 10 tahun lepas yang menangani kes walaupun sekecil-kecilnya pada waktu itu.



Azam berkata, kategori jenayah rasuah kini lebih tertumpu kepada pemberian dan penerimaan suapan, rasuah dalam perolehan yang menyebabkan ketirisan besar dan rasuah berskala besar.

Menurutnya, walaupun kategori kes rasuah tidak banyak berubah, jumlah terlibat semakin tinggi kerana ia berkaitan ekonomi negara.

Ditanya negara luar yang boleh dijadikan contoh, beliau berkata, selain Hong Kong, SPRM juga mempelajari amalan negara lain, antaranya Qatar yang menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk pembayaran kompaun trafik, sekali gus mengurangkan gejala rasuah.

Beliau turut mencadangkan sistem perkhidmatan kerajaan diperbaiki dengan digitalisasi bagi mengelakkan rakyat beratur panjang seperti cap jari untuk menukar hak milik.



“SPRM ditubuhkan pada 1967, jadi kita (SPRM) sudah berusia 57 tahun. Banyak negara ingin belajar daripada kita, walaupun ada yang menafikan peranan SPRM dalam arena antarabangsa. Contohnya, delegasi Uzbekistan yang baru menubuhkan agensi antirasuah pada 2020, datang untuk libat urus dengan SPRM.

Agensi berkaitan perlu mencari jalan untuk memudahkan urusan rakyat sebagai sebahagian agenda reformasi perkhidmatan rakyat yang akan memberikan sistem penyampaian lebih baik dan cepat serta mengelakkan peluang rasuah. FMT

Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker