Perkeso diarah henti tuntutan hospital berkait kes kartel
Perkeso diarah henti tuntutan hospital berkait kes kartel
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menghentikan tuntutan daripada hospital dipercayai terlibat dalam kartel tuntutan palsu hilang upaya sejak Jun lalu, kata Menterinya Steven Sim.
Beliau berkata Perkeso juga diarahkan melakukan rombakan menyeluruh dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi proses tuntutan supaya perkara sama tidak berulang.
“Ketika ini, siasatan dan Op Tunjang yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih diteruskan.
“Dalam tempoh ini, Perkeso diminta mengambil langkah berhati-hati dan cermat dalam menguruskan isu tuntutan.
Satu rombakan sepenuhnya telah diarahkan dan sedang dalam proses untuk dibuat satu SOP baharu, katanya pada sidang media di Menara Perkeso hari ini, menurut Berita Harian.
Terdahulu dilaporkan seramai 33 individu termasuk dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta direman bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam kartel tuntutan palsu hilang upaya Perkeso berjumlah RM2.1 juta sejak 2017.
Tiga doktor yang ditahan itu masing-masing bertugas di Hospital Bukit Mertajam, Hospital Seberang Jaya serta sebuah hospital swasta di Butterworth.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek lain terdiri daripada pencarum Perkeso, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ itu ditahan dalam siri serbuan pihaknya baru-baru ini. FMT
Perkeso diarah henti tuntutan hospital berkait kes kartel
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari
You must be logged in to post a comment.