Malaysia, Vietnam rebut pasaran cip

Malaysia, Vietnam rebut pasaran cip

Malaysia dan Vietnam semakin menyerlah dalam perebutan pasaran dan pelaburan cip elektronik di Asia Tenggara, seiring dengan pemulihan global dalam industri semikonduktor yang memberi impak besar kepada ekonomi rantau ini.

Maybank Invesment Bank (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya berkata, walaupun ASEAN secara keseluruhannya adalah pengeksport cip terbesar di dunia, dengan sumbangan sebanyak 23 peratus daripada eksport cip global pada tahun 2022, namun pemulihan dalam industri elektronik yang membabitkan kecerdasan buatan (AI) telah memberi kesan yang berbeza kepada negara anggota.



“Kedudukan Malaysia dan Vietnam telah menunjukkan peningkatan ketara dalam bahagian eksport semikonduktor mereka antara tahun 2015 hingga 2022.

“Malaysia, yang menyumbang 7.0 peratus kepada kapasiti pengeluaran cip global, yang telah mencatatkan peningkatan besar dalam pelaburan yang diluluskan dalam sektor elektronik dan elektrik pada tahun 2023.

“Pelaburan ini hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan kedudukan Malaysia yang kukuh dalam perlumbaan industri cip di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Vietnam juga telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam bahagian eksport semikonduktornya.



Menurutnya, walaupun Singapura kekal sebagai pemimpin dalam pengeluaran cip memori dan cip legasi, bahagiannya dalam eksport cip global telah menurun sebanyak 2.9 mata peratusan dari tahun 2015 hingga 2022.

“Singapura masih mempunyai industri reka bentuk cip dan penyelidikan dan pembangunan yang maju, dengan nilai tambah industri elektroniknya meningkat kepada 7.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2023. HM

Malaysia, Vietnam rebut pasaran cip

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker