Kasihan Ben Nathan

Kasihan Ben Nathan

“Kasihan dia. Lagu tu dah sedap. Dia pun dah cuba sedaya-upaya,” kata penyanyi veteran, Datuk DJ Dave, 78, mengenai lagu baru nyanyian penyanyi era 80-an, Ben Nathan, 62, berjudul Kebahagiaanmu yang dilancarkan Mei lalu kurang mendapat sambutan.

Dave adalah individu yang bertanggungjawab dan bertungkus-lumus membawa Ben Nathan keluar daripada kehidupannya sebagai gelandangan pada 2017 selepas 25 tahun menjauhkan diri dari keluarganya.



Dave juga satu-satunya individu dikenali dan disapa Ben Nathan sewaktu terserempak dengannya ketika di dalam kereta di sebuah lokasi di ibu kota.

Dave yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berkata, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan lagu itu tidak ‘hit’ sebagaimana diharapkannya.

“Kurang melonjak. Tetapi, itulah kadang-kadang ini terpulang kepada pendengar dan mungkin juga ada kaitan dengan urusan promosi lagu itu.

“Ben sudah sedaya-upaya berusaha untuk menyanyi semula. Saya sendiri pun sudah bantu dia dengan memberinya latihan menyanyi selama enam bulan.



“Saya sanggup luangkan banyak masa untuk melatih supaya dia boleh menyanyi kembali kerana sudah lebih 20 tahun juga dia tidak menyanyi,” katanya.

Menurut Dave, apa yang sudah dilakukannya terhadap Ben Nathan itu adalah bagi membantu membangkitkan semula semangat baharu dan keyakinan diri penyanyi yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu.

“Saya tidak cuba ketengahkan semula pembabitan bakat nyanyian Ben Nathan dalam industri muzik sebagai mengejar keuntungan tertentu untuk diri sendiri. Saya ikhlas ingin membantunya yang memang diketahui seorang berbakat.

“Sekarang, saya pun dah serahkan dia kepada keluarganya untuk diuruskan oleh adiknya yang kini bertanggungjawab menjaga Ben Nathan yang semakin sihat, tapi belum sepenuhnya.



“Dia pun ada menghidap skizofrenia dan nak kembali sihat betul-betul itu bukan mudah. Dia masih kena bergantung dengan ubat, jumpa doktor bagi pemeriksaan dan ia perlukan masa untuk pulih,” katanya.

Lagu Kebahagiaanmu ciptaan komposer dari Indonesia dirakamkan Ben Nathan tahun lalu selepas dia menerima geran dana kreatif berjumlah RM20,000 daripada Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana). HM

Kasihan Ben Nathan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker